Monday, June 28, 2010

Utusan Malaysia Perlu Lebih Bertanggung Jawab Menjaga Kesucian Ayat Quran?


Kami ingin menegur pihak Utusan Malaysia supaya lebih bertanggung jawab di dalam mengeluarkan artikel yang berkaitan ayat Al-Quran, dimana di dalam artikel Ruangan Mega keluaran Isnin 28-6-2010 berkaitan ReadPen telah menzahirkan ayat Al-Quran surah Al-Isra bermula ayat 59 sehingga ayat 66 dengan begitu jelas sekali walaupun ia kecil namun dapat dibaca dengan baik, lebih-lebih lagi bagi orang yang sentiasa membaca Al-Quran.

Pihak Utusan Malaysia yang sudah berusia lebih separuh abad perlu lebih peka terhadap sensitiviti agama Islam dan perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Kami berharap pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung kesilapan ini. Kerana bagi kami ia amat serius dan perlu diberi perhatiaan sewajarnya.

Bayangkan lebih 2 juta naskhah dikeluarkan dan ia bertebaran seluruh Malaysia dan dilanggan oleh berbilang kaum dan agama. Kita khuatir ia akan menjadi bungkusan nasi lemak dan pelbagai kegunaan lain yang akan mencemarkan kemulian ayat Al-Quran ini. Kita menyeru pihak Utusan malaysia dapat membuat sesuatu untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Lu fikir la sendiri....................

Saturday, June 26, 2010

40 Ulama Muda Masuk UMNO, Banyak Kerja Kena Buat??


Seramai 40 orang ulama yang masuk UMNO ini perlu bekerja keras berdakwah kepada pimpinan UMNO dan ahli akar umbi UMNO yang kebanyakannya masih jahil dengan Islam dan ada yang masih engkar suruhan tuhan dalam banyak hal.


Pertama ialah keengkaran wanita-wanita UMNO menutup aurat dengan sempurna, terutama isteri PM sendiri Datin Seri Rosmah Mansor, ramai pimpinan wanita UMNO yang menutup aurat secara tidak sempurna dan termasuk puteri-puteri UMNO yang rata-rata engkar kepada perintah AlLah ini. Kerja asas dan mudah....


Kedua ialah menasihati pimpinan UMNO supaya tidak lagi mengeluarkan lesen judi dan mendesak mereka manghapuskan terus lesen judi lainnya secara berperingkat dan mengada dialog bersama kaum bukan Islam tentang judi untuk mencari jalan penyelesaian total.


Ketiga mengislamkan rancangan-rancangan televesyen dan radio yang terlalu banyak hiburan yang melalaikan dan diubah kepada rancangan-rancangan keagamaan untuk mendidik masyarakat tentang Islam.


Cukuplah tiga perkara yang mudah ini untuk tugasan 40 ulama muda ni, kita tabik kalau mereka berjaya berdakwah kepada puak-puak UMNO, tiga ni dah kira cukup cantik. Cuma kita takut 40 ulama malang ini akan hanyut bersama kemaksiatan UMNO yang telah teruk dilanda isu rasuah dll.


Belum apa-apa lagi sudah ada ahli-ahli UMNO yang sangsi dengan keikhlasan ulama-ulama muda ini dengan dakwaan ulama-ulama ini cuba membawa fahaman wahabi atau salafi ke dalam UMNO. Dakwa mereka ialah para ulama ini telah ditolak dalam PAS kerana fahaman salafi ekstrim mereka yang telah membida'ahkan pegangan 4 mazhab utama lain. Mungkin mereka akan menyebabkan UMNO berpecah belah nanti.


Apapun kita tunggu dan lihat hasil dakwah mereka kepada puak-puak UMNO ni, semoga tidak gagal seperti mana ramai para ustaz dan ustazah lain, yang hilang begitu sahaja.

Tuesday, June 1, 2010

DPPK Bukit Gantang Edar Risalah di Pasar Malam Simpang


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang pada 1-6-2010 Selasa jam 6.30 PM telah turun ke Pasar malam Simpang mengedar risalah kesedaran supaya umat Islam khasnya dan rakyat umumnya jangan terjebak dalam perjudian bola sepak piala dunia 2010. Kita mengedar risalah ini untuk membangkit bantahan terhadap kerajaan UMNO dan BN yang telah meluluskan lesen judi bola kepada Syarikat Berjaya Group kepunyaan Tan Sri Vincent Tan.


Hak eksklusif yang telah diberikan kepada syarikat Berjaya Group dilihat akan menyebabkan masalah keruntuhan institusi kekeluargaan akan bertambah parah. Ramai dari kalangan golongan muda mungkin terjebak dan mulai berjinak-jinak dengan judi, sehinggalah mengakibatkan ketagihan judi yang kronik

Kita melihat masyarakat Cina juga tidak senang dengan kelulusan kesen judi bola ini, pada pandangan mereka akan menyeret lebih ramai penjudi yang akan mengalami kerugian atau muflis akibat ketagihan judi. Kita melihat orang bukan Islam lebih ramai yang terlibat dalam masalah judi ini walaupun agama mereka melarang berjudi. Begitu juga orang Islam yang fasik memang gemar berjudi dan ia telah mengalami ketagihan yang berpanjangan.

Judi jelas haram disisi Islam namun Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah memberi lesen kepada Berjaya Group tanpa menghiraukan sensetiviti umat Islam. Najib sebagai Presiden Parti Melayu UMNO sepatutnya peka terhadap hukum halal haram ini, namun terus melakukan kefasikan yang jelas.


Para mufti dan ulamak UMNO dilihat membisu di dalam perkara ini, seolah-olah takut menegur Najib. Datuk Seri Harussani selaku Mufti Perak yang lantang bersuara dalam isu-isu semasa lebih-lebih lagi bila menyentuh berkaitan Pakatan Rakyat tetapi dalam hal ini hanya diam membisu dan wajarlah tohmahan pembangkang yang mengatakan beliau pro UMNO dan BN.


Namun kita berterima kasih kepada Mantan Perdana Menteri Pak Lah yang meminta lesen judi bola ditarik balik, tetapi pemimpin UMNO secara keseluruhannya setuju dengan Najib. Nyatalah UMNO parti yang meminggirkan Islam dan Umat Islam perlu bangkit menentang UMNO yang meluluskan judi yang jelas dimurkai oleh AlLah SWT. Hancur UMNO!!! Hancur UMNO!!! hancur Puak-puak Munafik!!!!