Wednesday, December 30, 2009

Perlawanan Futsal Persahatan DPPKBG-DPPKPR

ISNIN, 28 DISEMBER - Demam kejohanan futsal masih lagi belum berakhir. Pertemuan menyaksikan DPPKBG dan DPPK Padang Rengas beraksi di Gelanggang Futsal Dataran Bukit Gantang. Perlawanan yang bermula pada pukul 10.30 malam itu menyaksikan AJK-AJK Dewan Pemuda Kawasan bertempur dengan penuh bersemangat. Keputusan akhir menunjukkan kekuatan kawasan Bukit Gantang menang dengan keputusan seri (9-9)....

Para pemain dari kedua-dua kawasan bergambar ceria

KEJOHANAN FUTSAL PIALA PESURUHJAYA PAS PERAK

AHAD, 27 DISEMBER - Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak menyaksikan penyertaan daripada kesemua 24 kawasan di seluruh Perak. DPPK Bukit Gantang juga telah menghantarsebuah pasukan ke kejohanan tersebut. Bermula dalam kumpulan F, perlawanan dimulakan dengan menentang pasukan Beruas yang berakhir dengan keputusan tewas 2-1. Perlawanan seterusnya diteruskan dengan menentang pasukan Gopeng yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Bukit Gantang dengan keputusan 2-0 sekaligus meletakkan Bukit Gantang selaku Naib Johan kumpulan F untuk meneruskan pusingan kedua menentang pasukan Lenggong yang mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan futsal yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlawanan sengit menentang Lenggong ini berakhir dengan keputusan memihak kepada Bukit Gantang melalui balingan syiling setelah seri dalam sepakan penalti.Bukit Gantang yang meneruskan saingan di peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan Lumut yang menjadi johan pada kejohanan futsal kali ini. Bukit Gantang kalah tipis dengan keputusan 1-0 kepada pasukan Lumut. Lumut yang akhirnya bertemu dengan pasukan Ipoh Timur mendapat gelaran johan manakala Ipoh Timur mendapat tempat ke-2. Tahniah diucapkan kepada kepada pemenang. Majulah sukan untuk Islam.

Pemain-pemain merangka strategi





KP selaku jurulatih menyampaikan strategi kepada pemain

Thursday, December 3, 2009

FUTSAL ORANG MUDA GENG KITA

BUKIT GANTANG, 2 Dis:Keunikan futsal yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang kali ini adalah kerana ia telah diadakan di waktu malam. Program 'Orang Muda Geng Kita' yang menjadikan futsal ini sebagai medan bertemu dengan semua peminat futsal.(Gambar: Kempen RM1 untuk selamatkan bolasepak Perak turut dilancarkan dalam liga futsal "orang muda geng kita").Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. Turut hadir dan berucap ialah Ustaz Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang. Turut hadir ialah dua orang Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak iaitu Safarizal Saleh dan Abdullah Adam. Hasan Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Bukit
Gantang telah turut memeriahkan majlis tersebut. Gimik pelancaran program 'Orang Muda Geng Kita' telah disempurnakan oleh Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS
Bukit Gantang. Majlis tersebut tidak juga ketinggalan melancarkan Kempen 'RM1 Selamatkan Bolasepak Perak' yang telah disempurnakan oleh Raja Ahmad. Penyertaan oleh hampir 14 pasukan telah menjadikan pertandingan tersebut meriah dan telah berakhir sekitar jam 3.00 pagi.

HarakahDaily.Net/-

Wednesday, December 2, 2009

Diari Mujahid...

Assalamualaikum. Minta maaf sebab blog ini lama tidak di"update". Insya-Allah akan di postkan sedikit demi sedikit aktiviti2 yang telah dijalankan selepas Hari Raya Puasa yang lalu.



Pilihanraya Bagan Pinang
Tarikh : 11 Oktober 2009
Tempat : Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

KP bersama anak buah



Pemuda-pemuda Kelab Penyokong BN




Poster calon disimbah cat merah




JAMBORI UNIT AMAL
Tarikh : 31 Oktober - 2 November 2009
Tempat : Sungai Besar, Selangor


Bergambar di tepi pantai Sungai Besar di kala senja.... mentang2 la boleh jamak...



Bersama gajet ciptaan....menara peninjau

Dama n Abg Din

Aktiviti tarik tali... Bukit Gantang tidak ketinggalan




SEMINAR PEMERKASAAN PARTI
Tarikh : 7 November 2009
Tempat : Markaz Taman Melewar, Selangor

Pimpinan yang sentiasa tabah menghadapi ujian


Wallahua'lam. Sekadar itu dahulu update buat masa ini. Minta maaf jika ada aktiviti yang tertinggal. Ingatkan kami dengan komen anda....Terima kasih.

-PSU-