Tuesday, July 28, 2009

MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA

CN Al-Afghani
Tue | Jul 28, 09 | 7:59:23 pm MYT

MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Lokasi rahsia

Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.

Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).

Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?

Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.

Belum insaf

Lalu beliau dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Dia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlaila Othman yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).

Ramai beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga sebagai Perdana Menteri.

Sifat lemah-lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupa-rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk daripada era sebelumnya, ketika Dr Mahathir Mohamad berkuasa. Abdullah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak di samping lelaki tua.

Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.

Menangis keseorangan

Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.

Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari dia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebaskan, dikenakan pula tahanan daerah selama enam tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di Kemta.

Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Berkebun sayur

Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi.

Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.

Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.

Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang.

Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Degil

Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter.

Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'.

Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.

Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.

Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, disepak, diterajang, dikilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras."

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman. Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak tertentu atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA, bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1,000 NGO membantah.

Harungi kezaliman

Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan kecuali pada Saari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar.

Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan membuat bantahan.

Terutama pada saat ini, masih menjadi bualan Perdana Menteri baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Abdullah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib Razak.

Tentu kita masih ingat, tiga minggu selepas Abdullah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang Aidilfitri pada November 2003. Desas-desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka dikambinghitamkan untuk kepentingan politik Abdullah.

Dua minggu selepas itu, saya didatangi SB dari Bukit Aman. Antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota Maunah itu.

Sambut raya

Disebutkan pada saya antaranya: "Cuba hang fikir, apabila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka, tapi tangan isteri, anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Abdullah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Abdullah baik."

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI.

Semasa muktamar PAS yang lalu, saya bertemu dengan Norlaila, isteri Mat Shah. Menurutnya ketika itu, seminggu lagi beliau akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung Jun yang lalu.

Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami ditahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut, khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya, terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka, juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang pelbagai ragam.

Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, khususnya kami daripada KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang Ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi.

Mohon cerai

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan.

Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.

Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan sama ada ketika datang ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke Kemta seminggu sekali. Dengan halangan daripada pihak tertentu, akhirnya terpaksa menaiki bas ke Kemta. Lebih menderita jika isteri tinggal jauh. Ada dari Sabah.

Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya, apabila pulang daripada bertemu isteri, wajahnya ceria dengan pelbagai cerita baru yang dibawanya.

Air mata mengalir

Suatu hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya, dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia.

Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke KL. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilometer ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman di sebalik tabir ISA.

Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang 10 orang, tetapi amaran daripada Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan Kemta bakal dipenuhi penghuni lagi.

Seperti dikatakan, tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita, tetapi buat generasi akan datang. Bukan sahaja ISA bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan.

Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan telefon kami dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar negara. Tak kurang pula yang ditahan pasport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank.

Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Pekerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan, terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutang hampir RM200,000 akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih lima tahun.

Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati daripada kita.

Bebas suami tercinta

Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak.

Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlaila serta keluarga Dr Abdullah, lebih jauh daripada itu adalah kita bersama-sama dengan golongan yang menentang kezaliman.

Dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia: HAPUSKAN ISA! _

Demi Islam, demi Melayu, demi keadilan yang tidak mengenal kaum, bangsa dan warna kulit. Tegakan keadilan, hancurkan kezaliman.

sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21925&Itemid=1

Friday, July 24, 2009

Siapa Pengkhianat Bangsa??

UMNO lah pengkhianat bangsa. Jawapanya mudah dan tepat. Pengkhianat bangsa ini yang mengahapuskan tulisan jawi yang turun temurun digunakan sebagai tulisan pengantar dari muka bumi Melayu. Tak cukup dengan itu, mereka gadai pula Bahasa Melayu untuk PPSMI yang memenuhkan poket kroni-kroni mereka.

UMNO bukan sekadar mengkhianat bangsa, malah lebih berat mereka mengkhianat agama. Masjid-masjid, surau-surau dirobohkan. Mereka jugalah yang menggalakan maksiat di muka bumi negara yang agama rasminya Islam. Pusat-pusat hiburan, kedai-kedai judi merekalah yang luluskan lesenya.

UMNO merupakan pengkhianat bangsa Melayu apabila mereka memutuskan untuk merampas kerajaan negeri Kelantan. Satu-satunya kerajaan negeri Melayu yang bersungguh melaksanakan dasar Islam dalam pentadbiranya. Mereka lebih cemburu apabila kerajaan Kelantan menampakan prestasi yang baik dikalangan rakyat. Kelantan menjadi contoh negri yang demokrasi apabila keadilan diberikan tanpa mengira kaum.

UMNO memang pengkhianat bangsa Melayu. Tanah-tanah rizab Melayu banyak yang dijual kepada pengusaha-pengusaha untuk dimajukan. Tanah itu akhirnya tergadai untuk kepentingan tauke-tauke kaya dan kepentingan pengkhianat bangsa ini.

UMNO mewujudkan ISA untuk kepentingan mereka. Kononnya ISA untuk kepentingan negara,  tapi mereka yang ditahan adalah individu yang menggugat UMNO. Dalam sejarah penahanan ISA, Melayulah yang banyaknya ditahan. Bagi Melayu yang menyokong akta ini, anda menyokong penindasan terhadap kaum Melayu. Layaklah untuk bersama dengan pengkhianat bangsa.

UMNO DULU, KINI, SELAMANYA PENGKHIANAT BANGSA MELAYU.

Kuliah isu babi untuk Umno Kedah

 
Zulkifli Yahaya
Sat | Jul 25, 09 | 5:56:59 am MYT

UNTUK kali ketiga Umno di Kedah telah berjaya menghasut orang kampung untuk mengadakan demonstrasi membantah (apa yang disifatkan mereka) kewujudan pusat ternakan babi di tempat mereka.

Demonstrasi yang diadakan di Sungai Tok Pawang itu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya membenarkan pembukaan pusat babi di kampung itu.

Demonstrasi pertama berhubung isu babi ini didakan di Jabi. Ia diikuti dengan demonstrasi di hadapan Majlis Daerah Pendang. Semua dalang dalam demonstrasi itu adalah pemimpin Umno tempatan. Buktinya setiap kali demonstrasi diadakan, pemimpin Umno yang turut hadir muncul memberi ulasan.

Babi sangat sensitif dengan orang Melayu. Mudah sangat bagi Umno membangkitkan kemarahan orang kampung (yang tidak faham isu sebenar) terhadap pihak lain, terutamanya terhadap kerajaan negeri Kedah, iaitu hanya dengan menjaja cerita kononnya kerajaan negeri akan membenarkan pusat babi akan dibuka di kampung mereka.

Sejak dulu, kini dan selamanya, Umno akan terus menerus memperdaya orang Melayu dengan isu-isu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Saya pernah menulis keluaran lalu bahawa kewujudan pusat pemotongan babi tidak semudah membuka gerai roti canai tepi jalan. Tetapi hendak menjelaskan sesuatu isu kepada Umno bukan perkara mudah.

Hendak cerita bab hukum hudud terpaksa ambil masa berpuluh tahun untuk fahamkan mereka (itu pun sampai sekarang masih belum faham) inikan pula nak cerita isu babi yang tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab terdahulu dan tidak diajar pula di surau-surau.

Saya akan cuba menceritakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli-ahli Umno supaya lepas ini mereka tidak ghairah lagi untuk adakan demonstrasi demi demonstrasi setiap kali terdengar ura-ura pusat pemotongan babi akan diadakan di sesuatu tempat.

Cadangan dari pengusaha

Pertama, cadangan mewujudkan pusat pemotongan babi mestilah datangnya dari pengusaha. Ia bukan datang dari Menteri Besar atau anggota Exconya. Menteri Besar dan Exco bukan pengusaha babi.

Banyak kerja lain mereka nak buat untuk kesejahteraan rakyat. Pengusahalah yang mesti bertungkus lumus ke hulu ke hilir mencari tapak yang difikirkan sesuai.

Jika dalam setiap demonstrasi isu babi tajaan Umno mereka mengecam kerajaan negeri kerana kononnya bercadang 'mahu membuka pusat babi', itu adalah tuduhan tidak betul. Cadangan lokasi semuanya datang dari pengusaha.

Lokasi di Jabi, Pendang dan Sungai Tok Pawang; semuanya baru di peringkat cadangan. Sewaktu peringkat cadangan, Umno tidak perlu kerah orang kampung membantah lagi kerana terdapat beberapa proses yang terpaksa dilalui oleh pengusaha.

Setelah pihak berkuasa tempatan menyiasat Jabi dan Pendang, ia tidak sesuai kerana tiada zon penampan dengan kawasan penempatan orang ramai.

Di mana tempat pun pengusaha perlu dapatkan sokongan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan, pihak penguasa tanah dan Jabatan Alam Sekitar. Semua jabatan tersebut menetapkan piawaian tertentu sebelum memberi kelulusan. Salah satu jabatan tidak beri sokongan maka permohonan akan tertolak. Pengusaha perlu cari lokasi lain pula.

Mungkin pengusaha boleh guna 'cara mudah' iaitu menyogok pegawai dari jabatan yang memberi kelulusan. Tapi kaedah itu juga sukar untuk berlaku kerana para pegawai tahu dosa pahala, atau sekurang-kurangnya mereka takut akan siasatan SPRM.

Mereka mungkin pernah bermimpi dibelasah dan dihumban melalui tingkap oleh penyiasat SPRM. Walaupun cuma mimpi, tapi menakutkan juga.

Selepas tiga pihak tadi memberi kelulusan, barulah sokongannya diajukan kepada menteri berkaitan. Menteri yang berhak keluarkan permit pusat pemotongan babi, berasaskan sokongan tiga pihak tadi. Menteri juga berhak untuk tidak keluarkan permit walaupun disokong tiga jabatan tadi.

Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sebagai bakal Menteri Besar Kedah oleh sebahagian ahli Umno menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak menjelaskan kepada penduduk tempatan mengenai pembukaan pusat pemotongan babi. Sebab itulah, katanya, berlaku demonstrasi bantahan oleh penduduk. Dato' Bashah rupanya termasuk di kalangan ahli Umno yang tidak faham.

Kerajaan akan menerangkan kepada rakyat setelah lokasi tersebut diluluskan oleh Menteri. Pihak berkuasa tanah, kerajaan tempatan dan Jabatan Alam Sekitar akan diminta memberi penjelasan kepada penduduk tempatan. Kalau baru di peringkat cadangan, apa yang hendak dijelaskan kepada rakyat? Lulus ke tidak pun belum tahu.

Umno nampaknya beriya-iya sangat nak menjuarai isu babi bagi menarik sokongan rakyat, khususnya orang Melayu. Sebenarnya mereka tersilap. Penutupan pusat babi haram di Kampung Berjaya yang tidak dapat dilakukan oleh Umno selama 30 tahun, sewaktu jadi kerajaan, cukup untuk jadi pukulan maut kepada Umno.

Umno patut cari isu lain untuk mencari pengaruh, bukan isu babi. Walhal sewaktu jadi kerajaan dulu, Umno tidak pernah sentuh isu babi.

Di Sungai Tok Pawang. Nun dicelah bukit sana dikhabarkan terdapat ladang babi haram yang dibuka secara kecil-kecilan. Orang kampung semua tahu, tapi tidak pula kedengaran dulu Umno mengadakan demonstrasi membantah.

Tiba-tiba apabila terdapat ura-ura sebuah pusat pemotongan babi mahu diwujudkan di situ, wujud pula bantahan. Sepatutnya mereka lega dengan adanya pusat pemotongan sebab ia akan 'menghapuskan' babi-babi yang diternak.

Pernah terjadi sewaktu bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sedang berucap di sebuah perhimpunan rakyat yang diadakan di sebuah kampung Siam di Daerah Pendang, seekor babi terlepas dari kandang dan meluru di celah-celah orang ramai sehingga menimbulkan kegemparan.

Secara spontan Dr Mahathir berkata, "Biag pi lah, dia pun nak mai dengag (ucapan) jugak ...."

Di sekitar perkampungan masyarakat keturunan Siam itu, mereka membela babi macam orang Melayu bela kambing empat lima ekor di tepi rumah. Tidak pernah terdengar pula sejak dulu ahli-ahli Umno atau wakil rakyat BN setempat buat demonstrasi membantah orang Siam bela babi dalam kampung.

Sekarang baru nak jadi juara babi, tak payahlah ... _

sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21884&Itemid=1

Thursday, July 23, 2009

Pro Isa Vs Anti ISA

Pro ISA akan mengadakan demonstrasi untuk mengacaubilaukan demonstrasi Anti ISA. NGO-NGO dan penyokong ISA akan menjadi gengster jalanan turun ke jalan mengacau bilaukan himpunan aman anti ISA. ISA dasar zalim akan menampakan penyokong-penyokong kezaliman turun ke jalanan membuat huru-hara.

Layaklah digelar mereka yang menyokong ISA ini adalah dikalangan peyokong kezaliman dan pembenci keadilan dan kemanan. Mereka menyokong perkauman dan tidak mencintai perpaduan. Himpunan MANSUH ISA telah lama diaturkan dan mendapat sokongan menyeluruh. Walau begitu, pro ISA dan sekutunya ingin cuba menyaingi dan menimbulkan huru-hara terhadap rancangan awal anti ISA.

Mereka cuba menggentarkan anti ISA dengan mengumumkan penyertaan persatuan seni bela diri menyertai mereka. Mereka menyokong ISA dengan hati yang tertutup terhadap realiti dan ilmu. Realitinya akta ini zalim. Sudut ilmunya, akta ini tiada satu hujah pun dari agama mempertahankan akta yang zalim ini. Melayu ??? Terbela Melayu tergadai agama Islam. Bukanlah dikalangan Melayu jati yang hanya sibuk memperjuangkan kemelayuannya tapi menggadaikan agamanya. 

Wednesday, July 22, 2009

Isu Teoh yang Dipolitikan

Isu kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik salah seorang exco kerajaan Negeri Selangor tidak dipolitikan Pakatan Rakyat. Isu ini dipolitikan oleh BN malah mereka cuba untuk menutup kes ini dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan mereka. Agensi SPRM yang dikatakan badan bebas, kini telah menunjukan belangnya apabila mereka tunduk dan akur pada parti pemerintah BN dan bukanlah badan yang bebas. Semua penyiasatan yang dilakukan mempunyai double standard.

Jika laporan penyelewengan terhadap Pakatan Rakyat, mereka akan memprosesnya segera. Berlainan jika laporan mengenai penyelewengan terhadap BN. Mereka akan mengambil masa, malah setelah disiasat, tiada tindakan pendakwaan dijalankan. SPRM kini menjadi agen kepada BN bagi menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat. Di Perak, bagaimana terbuktinya satu kes yang mengaitkan exco Pakatan Rakyat ketika itu ( Jamaludin dan Osman Jailu ) yang kini menjadi bebas, mengaitkan mereka dengan sebuah projek perumahan yang tidak wujud.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock di pejabat SPRM menambahkan lagi titik hitam SPRM sejak penubuhanya menggantikan BPR. Isu ini tidak dipoloitikan oleh Pakatan Rakyat. Apatah lagi ianya hanya sebagai menegakkan keadilan bagi mangsa. Secara tidak langsung, mangsa ialah seorang kakitangan kerajaan Pakatan Rakyat. Yang mempolitikan isu ini adalah BN yang dangkal ilmunya pada politik.

Tuesday, July 21, 2009

iklan ceramah perdana


Satu Tindakan Bodoh dari PEWARIS

" Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.

Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut.

"Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.

Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara. "

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/109002

Satu tindakan yang bodoh dari pendokong UMNO. Kenapa digelar pendokong UMNO?? Tema perhimpunan pun ikut Pak Najib punya idea. Agak bodoh tindakan mereka, apabila memilih tarikh yang sama dengan GMI. Memang Malaysia ada kebebasan bersuara. Tapi tindakan bersuara dengan sengaja menimbulkan pertembungan, banyak negatif dari positif yang akan terhasil. 

Akta ISA adalah akta yang zalim. PEWARIS pula adalah penyokong kezaliman ( akta ISA ). Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah kata Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS.

Saturday, July 18, 2009

Kerajaan UMNO Perak Perlu Bubar Dun.

Keputusan pilihanraya Manek Urai menunjukkan prestasi UMNO yang begitu baik menarik pegundi Melayu. Kata mereka ini merupakan petunjuk rakyat telah mula menerima gagasan 1 Malaysia yang diketengahkan oleh PM DS Mohd Najib. Kalau begitu yakin maka saya rasa MB Perak DS Zambry bolehlah membubarkan DUN Perak untuk memperolehi mandat baru dari rakyat Perak.

Inilah masa yang sesuai bagi UMNO dan BN untuk menunjukkan mereka masih mempunyai jatti diri dan tidak hanya mengharapkan 3 orang Adun yang melompat parti walhal mereka menang atas tiket Pakatan Rakyat. Ini perkara yang amat memalukan yang berlaku dalam dunia ini.

Mandat bersih perlu untuk menerajui kerajaan dan bukannya hasil dari lompat melompat kerana ini budaya yang tidak bermoral. Tunjukkan kehebatan UMNO dan BN dengan membubarkan DUN Perak.

Friday, July 3, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan Henti kan atau dikenakan tindakan Disiplin Parti.

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) -Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan.

Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.
"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah," katanya

Sekiranya fenomena ini berlaku kata Tuan Ibrahim, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.
Ingatan ini katanya hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat.
"Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita. "Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi," katanya

Justeru, katanya sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana.
"Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah 'Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya'," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. -
Dipetik dari Harakahdaily

Wednesday, July 1, 2009

Tindakan DAP Kedah Keluar Pakatan Rakyat Perlu dibiarkan?.

Pada padangan saya tindakan DAP Kedah keluar dari pakatan rakyat negeri itu tidak perlu dipandang serius. Biarlah DAP menjadi parti pembangkang dalam Dun Kedah, agar kerajaan Kedah pimpinan Pas lebih berkesan. YB DAP juga boleh membuat teguran dan kritikan yang membina demi kepentingan rakyat Kedah. DAP juga dilihat masih memperjuangkan agenda satu kaum sahaja tanpa melihat satu pihak yang lain.

Seperti contoh bantahan DAP terhadap kuota perumahan untuk Bumiputera 50 peratus, walhal kita lihat kaum Bumiputra Kedah adalah sangat miskin berbanding kaum Cina. Kaum Cina ada yang telah mempunyai 2 atau 3 biji rumah dan jika ada yang miskin maka mereka juga perlu juga dimasukkan dalam kuota khas untuk kaum Cina miskin untuk memiliki rumah ini rasanya lebih adil.

Manakala bagi Pulau Pinang, saya fikir PAS juga tidak perlu menyertai Pakatan Rakyat dalam kerajaan dan perlu menjadi pembangkang untuk DUN Pulau Pinang, kerana ia dilihat lebih berkesan untuk menegur kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Tetapi semasa PRK dan PRU kita perlu bersama untuk menghapuskan dominansi BN dalam pilihanraya.

Walaupun tindakan DAP Kedah belum mendapat restu DAP Pusat untuk keluar dari pakatan rakyat Negeri Kedah, bagi saya kita perlu mencari suatu jalan penyelesaian yang terbaik dan bukannya budaya ugutan melalui media massa, kerana itu tidak bijak dan menampakkan kecenderungan perjuangan ke arah hanya kepada satu kaum sahaja dan mengabaikan kaum lain.

Di sini saya bermaksud hanya kita tidak bersama dalam kerajaan, tetapi bersama dalam gabungan parti semasa pilihanraya adalah dua perkara berbeza. Ia perlu dilihat secara positif, bukannya berpecah tetapi demi rakyat.

Kisah Dan Tauladan

Bermula = Imam dah sujud rakaat pertama. Tapi ada sorang tu, tak berapa tua sangat, misai masih hitam. Pakaian kemas, kain pelikat bersih, baju melayu berbutang dan kopiah putih tak ada taik lalat. Interesting!

Dia dok berjalan melilau-lilau dalam masjid. Orang tengah sembahyang, dia tak sembahyang-sembahyang. Bila imam salam, tiba-tiba orang tu mari duduk. Bila imam baca doa, dia angkat tangan penuh khusyuk dan tawadduq sampai menangis-nangis. Selesai imam baca doa, dia terus bangkit bersalaman dengan imam dan semua jamaah sambil menangis-nangis dan cakap "saya minta maaf banyak-banyak", tapi orang lain semua senyum. Tiba-tiba orang menjerit.."hoi..tak payah salam dengan muslimat…depa dah maafkan dah” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat sama.

Siapa Tu?= Cerita seorang jamaah, dia la yang tangkap Dr. Badrul Amin lepas baca doa. Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang.

Nak dijadikan cerita…Anak dia belajor kat universiti, ikut orang sembahyang kat Masjid Kampung Baru. Bila anak dia kena pukul, anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia, dia mula takut. Akhirnya tak pernah balik ke rumah sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid ke satu masjid cari anak dia.

Bila kita tanya dia pasal apa dia pukul orang, dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan.